Monday 30 December 2013

11 Langkah Kerajaan Berjimat, Menjadi Ke??

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/PMumum11langkahpenjimatansektorawam/xpix_gal0.pagespeed.ic.M30EkGyuvq.jpg

Langkah yang baik namun pelaksanaannya terutamanya untuk

1- Khidmat perunding projek
2- Kos Elektrik 

perlu ada permerhatian dan pemantauan dari pihak tertentu agak penjimatan itu berlaku...
apa saya lihat sekarang pesepsi kepada pegawai kerajaan semakin teruk adalah...  
apa kata PM mulakan dulu, tunjukkan pada rakyat Malaysia :)

Saturday 21 December 2013

Taraf Hidup Meningkat?? Pilihlah Bidang Pertanian

Dikala Kerajaan sudah tidak boleh diharap, marilah kita mengharapkan ALLAH dan mengharapkan diri kita sendiri untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan di bandar penuh dengan kos-kos seperti sewa rumah, bil air/api dan kos-kos lain dan tika ini golongan belia semakin miskin di bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur. Oleh itu, saya menyarankan agar belia-belia berkerja di luar bandar. Berusahalah mencari kerja di luar bandar dan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih mencari jurusan yang mahu diceburi, bidang Pertanian amatlah saya sarankan.

Kenapa Pertanian ???

1. Kebiasaannya di Ladang @ Estate syarikat akan menyediakan rumah dan kenderaan(Motor) untuk kegunaan para pekerjanya maka dengan ini sudah jimat sewa rumah dan duit minyak.

2. Bil air dan api pula akan dibayar oleh syarikat dan dengan ini sudah jimat sudah anda dan anda boleh menabung untuk masa depan

3. Dan jika ada syarikat yang lebih prihatin macam company saya, bil Astro dan WIFI pun di biaya oleh syarikat. :)

4. Masalah kesesakan atau JEM tiada..tiada tekanan jem dan sentiasa tenang melihat pokok-pokok yang tumbuh disekeliling ladang 

5. Banyak syarikat-syarikat pertanian ada di Malaysia dan para pembaca boleh senaraikan sendiri, malah ada byk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pertanian

6. Bidang pertanian sedang maju sekarang dan PM kita memandang tinggi akan bidang ini malah termasuk dlm NKRA !! ada prospek dalam 5 tahun lagi sebelum (jika) kerajaan berubah :P

Kesimpulannya, walaupun bidang pertanian persepsinya masih dipandang sinis oleh masyarakat namun warga pertanian akhirnya akan bergelak sakan(hahaha) apabila masa hari gaji mereka masuk.
Pertanian adalah Perniagaan...igtkah anda tema ini :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.