Monday 30 December 2013

11 Langkah Kerajaan Berjimat, Menjadi Ke??

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/PMumum11langkahpenjimatansektorawam/xpix_gal0.pagespeed.ic.M30EkGyuvq.jpg

Langkah yang baik namun pelaksanaannya terutamanya untuk

1- Khidmat perunding projek
2- Kos Elektrik 

perlu ada permerhatian dan pemantauan dari pihak tertentu agak penjimatan itu berlaku...
apa saya lihat sekarang pesepsi kepada pegawai kerajaan semakin teruk adalah...  
apa kata PM mulakan dulu, tunjukkan pada rakyat Malaysia :)

Saturday 21 December 2013

Taraf Hidup Meningkat?? Pilihlah Bidang Pertanian

Dikala Kerajaan sudah tidak boleh diharap, marilah kita mengharapkan ALLAH dan mengharapkan diri kita sendiri untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan di bandar penuh dengan kos-kos seperti sewa rumah, bil air/api dan kos-kos lain dan tika ini golongan belia semakin miskin di bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur. Oleh itu, saya menyarankan agar belia-belia berkerja di luar bandar. Berusahalah mencari kerja di luar bandar dan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih mencari jurusan yang mahu diceburi, bidang Pertanian amatlah saya sarankan.

Kenapa Pertanian ???

1. Kebiasaannya di Ladang @ Estate syarikat akan menyediakan rumah dan kenderaan(Motor) untuk kegunaan para pekerjanya maka dengan ini sudah jimat sewa rumah dan duit minyak.

2. Bil air dan api pula akan dibayar oleh syarikat dan dengan ini sudah jimat sudah anda dan anda boleh menabung untuk masa depan

3. Dan jika ada syarikat yang lebih prihatin macam company saya, bil Astro dan WIFI pun di biaya oleh syarikat. :)

4. Masalah kesesakan atau JEM tiada..tiada tekanan jem dan sentiasa tenang melihat pokok-pokok yang tumbuh disekeliling ladang 

5. Banyak syarikat-syarikat pertanian ada di Malaysia dan para pembaca boleh senaraikan sendiri, malah ada byk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pertanian

6. Bidang pertanian sedang maju sekarang dan PM kita memandang tinggi akan bidang ini malah termasuk dlm NKRA !! ada prospek dalam 5 tahun lagi sebelum (jika) kerajaan berubah :P

Kesimpulannya, walaupun bidang pertanian persepsinya masih dipandang sinis oleh masyarakat namun warga pertanian akhirnya akan bergelak sakan(hahaha) apabila masa hari gaji mereka masuk.
Pertanian adalah Perniagaan...igtkah anda tema ini :)





Tuesday 26 November 2013

Tips untuk LinkedIn (Infografik)

LinkedIn adalah media sosial profesional yang  menghubungkan golongan profesional di dalam satu rangkaian. Adalah penting untuk kita mengemaskini profile kita di sana terutamanya bagi mereka yang telah berkerja. 

Saturday 23 November 2013

Johor Cuti Umum Jumaat Dan Sabtu

MUAR, 23 Nov (Bernama) -- Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.

"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.



1. Tindakan yg sangat bagus oleh Sultan Johor  malah tindakannya turut disokong oleh PAS Johor yg mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

2. Keputusan ini pasti disokong seluruh umat islam dinegeri Johor namun bagi bukan Islam mereka perlu akur kerana ini adalah negra Islam. Hormat menghormati adalah tunjang negara kita

3. Tindakan ini insyaAllah akan memudahkan umat islam di Johor malah negeri johor telah lama mengamalkannya sebelum tahun 1994  

4. Saya sebagai rakyat Johor menyokong sepenuhnya keputusan ini :)

5. Negeri lain bila lagi ???

sumber: Bernama

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan IskandaR

Friday 15 November 2013

Harga Nasi Lemak di Negara Luar

Harga Nasi Lemak di Negara Luar...berapa banyak anda sanggup bayar untuk merasai juadah nasi lemak Malaysia yang enak ini...

Wednesday 6 November 2013

Apa Terjadi Selepas Berhenti Merokok (Infografik)

Apa Terjadi Selepas Berhenti Merokok, semestinya akan jimat duit anda tu... :)

http://dailyinfographic.com/wp-content/uploads/2013/11/a-timeline-what-happens-when-a-smoker-quits_52720a006ec94.png

Friday 25 October 2013

Bajet 2014 (Infografik)

Bajet 2014 dibentangkan oleh YAB Dato Seri Najib Razak dengan jayanya prtang tadi, beliau pakai baju melayu warna oren..ada 5 teras utama dlm bajet ini :) 
dalam ucapannya saya paling minat 2 petikan ayat ini 

ini semasa kata aluan

“Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.

ini pula semasa ucapan penutup 

  
Segalanya kita rangka, semuanya kita susun, kita piagam dan kita laksanakan bukan sekadar sonata, atau sebuah orkestra, namun ia menjadi puluhan simfoni kemajuan yang terindah demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi.

 

Friday 20 September 2013

Ciri-Ciri Orang Genius ? (Infografik)

Ciri-Ciri Orang Genius,adakah anda tergolong dalam ciri-ciri dibawah?? 
baca dan nilai ya... 
FYI kata mak saya; saya tak dapat bercakap hingga umur 4 tahun juga...adakah saya Einstein? LOL

Thursday 19 September 2013

Memories #Canada - Snow

It was so fun...
My first snow experience,at first it was so fun but then it was so cold.LOL
The average temperature was -20 to -6
It was weather shock for me huhu
all pictures posted below were taken at Saskatchewan,Canada :) 
Icy highway

snow

my agricultural industrial training place

Icy plus muddy road on rural site

snow man ke???

Thursday 5 September 2013

Tulisan Anda & Maksudnya (Infografik)

Setiap insan tulisannya adalah berlainan dan ini menunujukkan keunikkan seseorang itu. Jom check tulisan anda dan maksud disebalik tulisan anda secara psikologi dan sifat..menarik untuk dibaca

http://dailyinfographic.com/wp-content/uploads/2013/08/what-does-your-handwriting-say-about-you_51cb3586d1131.jpg

Thursday 29 August 2013

Kongsi-Kongsi Gelap di Malaysia

Sumber dari Bharian, dikeluarkan oleh Kementerian dalam negeri...rasa banyak lagi group-group yang tiada dalam list lagi ni  
more info cuba check blog wartawan mazidul akmal...(klik sini)

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:
 
Bil Nama Pertubuhan Lokasi Aktiviti
1 Geng 04 Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
2 Geng 08 Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
3 Double 7 Seluruh Semenanjung Malaysia
4 Tiga Line Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
5 Geng 30 Seluruh Semenanjung Malaysia
6 Geng 38 Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
7 Geng 24 Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
8 Geng 18 Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
9 Geng 36 Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
10 Geng 21 Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
11 Ang Soon Thong Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
12 Wah Kee Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
13 Sio Sam Ong Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
14 PNEH Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
15 Hong Hong San Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur
16 Hai San Aktif di Perak
17 Siang Ang Bin Aktif di Kuala Lumpur
18 New Cell 20 Aktif di Perak
19 Jit It Hai Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
20 Sio Koon Tong Bergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor
21 Gee Lam Kor Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
22 Gee Ah Eng Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
23 Loh Kuan Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
24 Tiang Yee Tong Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
25 Geng Leng Hor Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
26 Geng 35 Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang
27 Geng 303 Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor
28 Geng Satu Hati Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
29 ATAP Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
30 Hung Ann Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah
31 Sui Yuk Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah
32 Otai Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
33 Borneo Red EMP Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah
34 Ah Ngau Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
35 Batu Tiga Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
36 Ah Feng Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
37 Batu 10 Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
38 Sibu Ti Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
39 Ah Seng Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak
40 Ah Chin Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
41 Lee Lung Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
42 Lo Han Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
43 Sg Merah Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
44 Sg Badut Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
45 Ting Ching Lee Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak
46 Tua Cak Lee Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
47 Teksi Station Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
48 Pintu Merah Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
49 Krokop Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya

Kepada semua pembaca blog ini...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Bagi Saya tahun ini adalah tahun penuh dengan ceritera..antaranya:
- Ramadan di Canada
- kali pertama raya di Segamat
- masih mencari kerja huhu


Saturday 3 August 2013

End of a Journey -Canada

4 bulan latihan industri yang mencabar di HELP International, bermula dari musim sejuk hingga musim panas. Terima kasih kepada Universiti Putra Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk pergi ke Kanada di bawah program mobiliti UPM.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu saya terutamanya keluarga saya dan kepada mereka yang sponsor2 saya...thanks YB

Beruang liar, keindahan langit dan keindahan Kanada tidak dapat dilupakan,pokok2 yang saya tanam mencecah puluhan ribu di sana harap dalam keadaan sihat..mungkin akan dtg lagi namun tak tahu bila..sekian


Thursday 25 July 2013

Fasilitator dan Bola Takraw

Pengalaman menjadi fasi yang terbaik di Kanada dan semasa saya menjadi fasilitator sempat juga saya memperkenalkan kepada mereka kepada permainan sepak takraw pada sesi pertukaran budaya dengan pelajar-pelajar dari St. Michael School Weyburn. Mereka sangat energetik dan suka bertanya semasa sesi tersebut. Apa pun seronok dapat bersama mereka  dan dibawah ada video diorang main bola takraw tu...kami hanya main timbang2 dalam bulatan saja lol



Monday 15 July 2013

Calgary Stampede 2013 - Awesome auctioneer at Auction

Masa Calgary stampede 2013
amekaw....rapper pun kalah





Sunday 30 June 2013

Beautiful Pictures of Canada Part 2-AURORA BOREALIS

My beautiful experience witnessing aurora, It was so beautiful and surely I will not forget this moment
All pictures were taken at Weyburn, Saskatchewan,Canada :)


pakai night mode kena adjust brightness

cantikk

beautiful


the best picture for me

so nice
Blackout aurora :P



Friday 28 June 2013

Cara-cara selamatkan handphone apabila terjatuh dalam air

Cara-cara selamatkan handphone/smartphone/android/Blacberry apabila terjatuh dalam air :)
I just wanna share a cool and awesome infografik 


http://media-cache-ak1.pinimg.com/736x/c6/ee/da/c6eeda3eca921267fe3504bc9203bd67.jpg

Saturday 22 June 2013

Darurat Jerebu di Muar dan Ledang Johor

Jerebu di Malaysia semakin teruk dan terbaru darurat telah diisytihar di Muar dan Ledang...Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 746..


Oleh itu banyakkan lah minum air bersih dan kurangkan aktiviti luar dan jika keluar pakailah topeng untuk keselamatan....harap keluargaku di Segamat sihat dan dlm keadaan selamat 

sumber:
http://www.astroawani.com/news/show/najib-isytihar-darurat-di-muar-dan-ledang-16954
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muar_LedangdiisytihardaruratIPUmelebihitahapbahaya/Article/?bh 

dikatakan bandar muar hampir tidak dapat dilihat disebabakan jerebu


topeng untuk jerebu,pakai jika hendak keluar rumah

Sunday 9 June 2013

Tips Untuk Body Language (Infografik)

Infografik yang sangat berguna semasa berkomunikasi dengan seseorang , juga boleh diaplikasikan dalam temuduga. Ingat, gerak tubuh badan kita menunjukkan kesungguhan kita dalam berkomunikasi 

http://dailyinfographic.com/wp-content/uploads/2013/06/say-what-you-mean.jpg

Model-model Kereta Turun Harga 2013

Langkah yang diketegorikan sebagai baik namun masih kurang memuaskan bagi saya ,  kenape mereka tidak fokus untuk kurangkan harga kereta tempatan sahaja ? Mengapa peratus penurunan model luar negara lebih dari model kereta tempatan? 

Petikan dari Utusan

"Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%)."

Tuesday 4 June 2013

Mosaic 2013 Canada - German Pavilion

German's dance..nice...
Mosaic adalah festival dari pelbagai negara... seronak dapat melihat budaya dan tarian dari negara2 lain...video dibawah di rakam di German Pavilion :)


Sunday 26 May 2013

Fakta Mengenai Aurora (Infografik)

Sangat2 teringin melihat aurora atau dikenali juga sebagai Northern Lights, my bos did said that it does occur at Weyburn,SK. Mungkin jika diizinkan Allah, insyaAllah

http://i.space.com/images/i/000/016/496/i02/auroras-borealis-australis-northern-southern-lights-120404d-02.jpg?1334337926

Monday 13 May 2013

Beautiful Pictures of Canada

I saw all these with my own eyes and I just wanna share it to all my friends and family :)

Fresh snow hanging on trees
sunset on the way to weyburn
Dawn at Canada
Meewasin river at Saskatoon
endless road of canada
Buffalo Pound Lake
thinking about everything especially my future ahead


Monday 29 April 2013

Anak FELDA Menjalani Latihan Industri di Kanada

Anak-anak FELDA sekarang sudah mula menjelajah seluruh dunia, sebelum ini ada sudah pelajar-pelajar anak FELDA dari Lim Kok Wing yang pergi belajar di London dan terbaru akan ada anak Felda yang  akan mendaki Gunung tertinggi di dunia iaitu Everest. Malah, sekarang sudah ada ramai anak  FELDA yang bijak pandai dan memegang jawatan-jawatan tinggi di kerajaan dan syarikat-syarikat korporat. Semua ini boleh dibanggakan oleh seluruh warga FELDA di Malaysia.

Saya pula disini, HELP International di Weyburn, Saskatchewan, Canada menjalani Latihan Industri selama 4 bulan, saya Akhmalluddin Bin Mohd Sujai dan Muhammad Faris Bin Mustapa sedang menjalani Latihan Industri di HELP International.Kami menjalani latihan Industri ini dari 1 April 2013 hingga 31 Julai 2013. Kami pelajar Bacelor Sains Pertanian, tahun ke-4 menjalani latihan industri ini bagi memenuhi keperluan syarat kelayakan untuk bergraduat dan untuk menyediakan diri kami kepada alam pekerjaan. kami telah ditaja oleh Universiti Putra Malaysia dibawah program mobiliti untuk latihan industri. Pelajar UPM yang turut sama dengan kami ialah Muhammad Hazim Bin Nazli(Bacelor Sains pertanian) dan Tey Hui Xiang yang merupakan pelajar tahun ke-3, Bacelor Sains Pertanian(Perniagaan Tani)Saya berasal dari FELDA Palong Timur, Segamat, Johor manakala Muhammad Faris Bin Mustapa merupakan anak generasi kedua dari FELDA Trolak Utara. 

Untuk makluman semua, HELP International merupakan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan komuniti  yang melatih dan membangunkan teknologi hijau untuk digunapakai masyarakat global. Melalui program ini, kami  berpeluang menguruskan  250 000 pokok beriklim sejuk  di nurseri, menguruskan proses penyimpanan 13 000 pokok semasa musim sejuk dan terlibat dengan penanaman 20 000 pokok  pada musim luruh sekitar Saskatchewan yang merupakan inovasi terbaru HELP. 

kami juga  berpeluang bertukar pendapat dan menimba pengalaman berharga dari CEO HELP International sendiri, Rodney Sidloski yang juga berpengalaman selama 8 tahun sebagai petugas kecemasan yang bertanggungjawab terhadap program pembangunan di benua Afrika yang menghadapi  masalah kemarau seperti Sudan dan Mozambique.

Kami rasa amat bersyukur kerana  berpeluang menyertai  salah satu program latihan industri yang paling mencabar di Kanada. Malah, kami dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman secara langsung dari CEO HELP International. 

Bersama CEO-Rodney Sidloski

kami di HELP International
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.