Thursday 29 November 2012

Anda ada Idea untuk Komuniti ???

Meningkatkan dan memeriahkan komuniti kejiranan di Malaysia.Cadangkanlah satu cara untuk meningkatkan atau membangunkan kawasan kejiranan anda yang meningkatkan kualiti kehidupan dalam masyarakat...mana tahu boleh menang

mari join challenge ini...GENOVASI CHALLENGE


Cabaran ini menawarkan anda peluang untuk berfikir secara berbeza - di luar amalan harian atau pemikiran anda. Oleh itu, anda mungkin mahu memberi tumpuan kepada mana-mana satu atau beberapa isu-isu yang berkaitan dengan kawasan kejiranan dan masyarakat, seperti:
  1. Menggalakkan tanggungjawab peribadi untuk kebersihan persekitaran kejiranan dan berfikiran bahawa akan ada tindak balas yang lebih positif daripada sesetengah ahli masyarakat daripada yang lain. Apa yang mungkin dapat menggalakkan rakyat dan semua peringkat umur, untuk bertanggungjawab untuk persekitaran kita ? 
  2. Melibatkan kumpulan-kumpulan masyarakat yang berbeza atau individu dalam proses penglibatan komuniti. misalnya warga tua, kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik.
  3. Melibatkan syarikat perniagaan dan institusi awam, seperti sekolah, hospital, majlis, institusi agama, dan lain-lain  ke dalam proses-Bagaimana mungkin institusi-institusi itu memperolehi faedah baru dengan penglibatan mereka selain hanya berdiam diri ?


Wednesday 28 November 2012

Politik Kepartian di Kampus, Sudah Bersediakah Mahasiswa/i ???


Politik kepartian sudah memasuki kampus selepas berlakunya pindaan AUKU sebelum ini, sekarang sudah tiada halangan untuk mahasiswa berpolitik, DS Najib pun sudah menyatakan bahawasanya mahasiswa sekarang sudah matang dan boleh menilai diantara baik ataupun buruk.

Persoalannya sudah bersediakah kita ??? Baru-baru ini telah dilancarkan Kelab Penyokong BN IPTA di PWTC dan sebelum itu ada Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa dimana lagu UMNO dinynyikan oleh para peserta.
Perasmian Kelab Penyokong BN IPTA di PWTC(click pada pic utk lgi besar)





Malah, di UPM rekrut juga telah berlaku untuk  Mahasiswa Keadilan Malaysia atau MKM...member saya dari fakulti sains yang inform tentang pekara ini, email pun telah saya dapat...antara intipati email tersebut:

From: Mahasiswa Keadilan <msiswakeadilan@gmail.com>
Date: 2012/10/17
To: Muhammad Fahdli <fahdli.upm@gmail.com>

1.Ahli MKM akan diberi latihan secara khusus oleh pimpinan parti dengan skill-skill seperti berdebat, berpidato, asas undang-undang, asas ekonomi, managing event, cara berurusan dengan media. MKM juga terbuka dengan aktiviti-aktiviti santai seperti sukan (futsal, bowling dan seumpamanya) dan aktiviti2 belia yang lain

2. MKM terbuka untuk semua mahasiswa Malaysia samada di IPTA atau IPTS. Mahasiswa luar negara juga dialu-alukan untuk menyertai MKM.

3. Borang penyertaan yang telah diisi, perlu diemel semula kepada admin untuk diproseskan. Kad keahlian dan modul kepimpinan akan diberi setelah keahlian selesai diproses. Untuk borang online, tidak perlu tandatangan, hanya perlu isi butiran yang berkaitan. 

Terima Kasih
Mahasiswa Keadilan Malaysia

 borang untuk MKM pula...

Kesimpulannya, kepada semua mahasiswa/i ; sudah tiada halangan untuk berpolitik namun fikirlah mana lagi penting , pelajaran atau aktiviti2 luar ini...jika anda kata anda mampu mempelajari kemahiran-kemahiran insaniah (soft skills) kalau join, maka anda silap kerana sudah ada banyak persatuan2 di dalam universiti...

sekian

--) jangan jadi keldai sudah... :P






Monday 26 November 2012

KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA NASIONAL 2012- Day 2

Belia Masa Kini Tidak Terpengaruh Dengan Sentimen Politik Kebencian...
Presiden Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan, Hafiz Ariffin berkata belia masa kini tidak terpengaruh dengan sentimen politik kebencian.Dia berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Mahasiswa Nasional di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).Turut hadir pada majlis itu ialah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

-) semua mahasiswa perlu berhati-hati dan perlulah menggunakan hak berfikir sebelum hak bersuara..peace for all :)

sumber: kl pos

 

 

 

Friday 23 November 2012

KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA NASIONAL 2012 - Day 1


Konvensyen mahasiswa, saya menjadi urusetia untuk program ini...
hari ini makan malam dengan DS Shabery chik dan Dato' razali Ibrahim
Gembira - kambing golek sedap :)
Sedih -  tarian yg tidak sesuai dan
kami dianak tirikan...konon semua sama..tuiii :(

pic credit to kacep lee



Monday 19 November 2012

Saya Sokong Harimau Malaya..anda pula???

Memang kedudukan mereka sekarang agak terumbang-ambing selepas perlawanan dengan Hong Kong yang berkesudahan 1-1, perlawanan yang sepatutnya boleh menang akhirnya seri disebabkan kesilapan penjaga gol-Khairul Fahmi Che mat dan Defender-Aidil Zaquan.

Apapun hari ni mereka akan bertemu Bangladesh dan 25 November 2012 pula akan bertemu Singapura untuk perlawanan pertama mereka. lokasinya di Stadium Bukit jalil. Oleh itu, sokonglah mereka dengan penuh semangat walau di mana saja anda berada..

--) Alangkah bagus kalau ada moment of silent atau doa kepada umat Islam di Gaza,Palestin di Stadium sebelum perlawan macam EPL...peace yoo utk semua...


nyanyikanlah lagu ini... :) 
Selamanya-Harimau Malaya 



Monday 12 November 2012

Terbaik ler !!! UPM kaji variasi produk ikan patin Temerloh

Ikan patin Temerloh sgt sedap, pernah rasa masa trip lawatan Keusahawanan Pertanian dulu, sekarang UPM diminta kaji variasi produk ikan patin Temerloh...makin berkembanglah nampaknya Industri Ikan patin...
petikan dari akhbar Utusan :)


"TEMERLOH 12 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan sebanyak RM182,000 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjalankan kajian mengenai keistimewaan dan variasi produk patin di daerah ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini UPM yang menjalankan kajian tersebut sejak dua tahun lalu berjaya menghasilkan beberapa produk hiliran daripada ikan patin.
"Antara produk tersebut termasuk masakan ikan tempoyak, asam pedas, goreng berlada, masakan kukus dan masakan ala Barat, Cina.
"Kajian selanjutnya akan dilakukan secara lebih menyeluruh bagi memastikan produk ikan patin boleh memasuki pasaran eksport," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh kepada pemberita selepas merasmikan Karnival dan Seminar Ikan Patin Temerloh 2012, di sini semalam."

Artikel Penuh: Utusan

Friday 2 November 2012

Video LOL - 15Malaysia - Meter (Khairy Jamaluddin)


15Malaysia - "Meter"
serius lawak dan double meaning...
dibintang oleh Khairy Jamaluddin,  Jason Lo, Amber Chia, Matthew George, Namewee and Baki Zainal 
layan jugak walaupun dah lama video nie~


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.