Wednesday 31 October 2012

Portal Untuk membantu Siswazah Mencari Kerja


Ready4Work - Portal Untuk membantu Siswazah Mencari Kerja yang telah dilancarkan oleh DS Khaled Nordin bagi membantu para siswazah muda mencari kerja. Selain portal sebegini ada juga iniseatif lain yang dilaksanakan oleh Universiti, contohnya di UPM ada Finishing School yang mempunyai modul2 mencari dan menghadapi alam perkerjaan. Apa-apa pun ia tetap Portal yang bagus...boleh lah cuba kalau rajin..



--) Punca masalah pengangguran di kalangan lepasan U di Malaysia adalah dari Siswazah itu sendiri kerana tiada nilai tambah di dalam diri..sekian~

Sumber : Ready4Work , thestar

Tuesday 30 October 2012

Iklan Sengal - Bibik(Pembantu Rumah) Untuk Dijual !!!

Bibik (pembantu rumah) untuk dijual, iklan yang boleh mencetuskan lagi rasa marah warga2 Indonesia, siap ada 40 % discount lagi, iklan yang sangat2 tidak berpatutan. LOL hehe..

makin marah lah mereka

Sumber: asiaone news


Tuesday 23 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Gambar lembu di UPM sedia utk dikorbankan :)
posted from Bloggeroid

Monday 22 October 2012

Mini Trip ke FRIM Kepong, Selangor (Gambar)

Mini trip mencari bijih benih (seeds) untuk seed collection bagi subjek Teknologi Bijih Benih...Universiti Putra Malaysia, seeds yang dikumpul bakal disimpan dalam Muzium Bijih Benih Fakulti Pertanian, UPM
Susah juga kumpul seeds... apa2 pun tempatnya cantik... :)

kolam arapaima

FRIM adalah bekas lombong,rel ini utk tujuan melombong -info

buluh gergasi

cantik~

Meranti paya

resak laru

description utk kayu di bawah

kayu bersilica berusia jutaan tahun

Wednesday 17 October 2012

Pendidikan Percuma & Pemansuhan PTPTN, relevankan ia ?


Bagi saya adalan tidak relevan kerana jika pendidikan percuma maka cukai pasti akan naik, jadi rasionalnya tiada guna...PTPTN pula masih relevan cuma saya rasa 1% (perkhidmatan) itu perlulah  dimansuhkan....

Mari kita lihat pula coretan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
tentang isu ini...
"Malam semalam sy telah menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2013) peringkat dasar di Dewan Rakyat. Apa yg sering kali dibangkitkan pihak Pembangkang adalah agar Kerajaan memberi pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN. Berikut adalah hujah yg sy bentangkan di Dewan Rakyat semalam utk menjawab persoalan2 tersebut;

Pengajian tinggi adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang bermula daripada peringkat rendah dan menengah. Sistem pendidikan negara pada masa ini mewajibkan pendidikan rendah dan menengah dan Kerajaan membiayai sepenuhnya kos pendidikan di peringkat tersebut. Manakala, pengajian tinggi pula adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memasuki alam pekerjaan. Ia adalah pelaburan yang boleh meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk bersaing merebut peluang kerjaya dan pendapatan yang lebih baik.

George Psacharopoulos yang merupakan pakar daripada Bank Dunia melalui kajian bertajuk “Returns To Investment In Higher Education : A European Survey” menyatakan keputusan untuk memilih pengajian tinggi adalah merupakan satu perlaburan kepada individu dan pulangan yang diperolehi oleh individu hasil daripada pengajian tinggi juga adalah lebih besar iaitu 10.2% berbanding 7.9% oleh masyarakat.

Justeru, adalah wajar individu membiayai sebahagian perlaburan tersebut daripada ditanggung keseluruhannya oleh pembayar cukai (orang awam). Pendidikan percuma anjuran Pembangkang telah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan yang menyebabkan ‘over-education’ kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan. Kos pengajian tinggi harus dikongsi bersama oleh pembayar cukai (orang awam) dengan individu kerana pengajian tinggi mempunyai ciri “quasi public goods”.

Walaupun begitu, di negara kita ketika ini di peringkat pengajian tinggi, Kerajaan telah memberi subsidi bagi yuran yang dikenakan kepada pelajar. Umpamanya, kos program pengajian perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebelum subsidi adalah sebanyak RM166,000 tetapi pelajar hanya membayar yuran sebanyak RM9,000 sahaja, yang mana 94.6 peratus telah diberikan subsidi oleh kerajaan.

Bagi program kejuruteraan pula, kadar yuran yang sepatutnya adalah RM61,200, manakala yuran yang dibayar oleh pelajar hanya RM5,600 sahaja iaitu 90 peratus diberi subsidi oleh kerajaan. Manakala, bagi program farmasi pula kos sebenar adalah dalam lingkungan RM51,000 dan pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM6,800 sahaja. Malah, yuran yang dikenakan oleh IPTA ini juga tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1990-an lagi. Secara keseuruhannya, lebih 90% pembiayaan IPTA adalah bersumberkan dana awam (cukai).
Pokoknya, falsafah di sebalik pembayaran yuran pengajian tinggi sebenarnya sebagai tanda penghargaan kepada nilai ilmu dan keilmuan. Ia sangat penting dalam meletakkan kepentingan dan nilai pengajian tinggi pada tempatnya. Pembayaran yuran juga membentuk golongan pelajar yang komited dan bertanggungjawab ke atas pelaburan yang dikeluarkan.

Bagi negara maju di dunia, mereka juga telah mula mengenakan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam masing-masing, antaranya ialah United Kingdom bermula tahun 1998. Namun bagi meringankan beban pelajar, kerajaan Britain telah memperkenal students loan scheme. Langkah yang sama juga diikuti oleh beberapa negara Eropah lain seperti Austria, Perancis, Ireland, Sepanyol, Belgium, Belanda dan lain-lain.

Kadar yuran yang dikenakan juga berbeza mengikut negara dari serendah 50 Euro sehinggalah 1,302 Euro. Begitu juga dengan negara Morocco di mana Menteri Pengajian Tinggi dalam laman sesawang Morocco World News pada 23 Julai 2012 telah mengumumkan keputusan kerajaan untuk menghentikan pengajian tinggi percuma di Morocco.

Sungguhpun terdapat negara seperti Finland, Denmark dan Norway, yang dikatakan menawar pendidikan tinggi secara percuma, namun negara-negara ini mempunyai struktur cukai pendapatan yang paling tinggi di dunia. Kadar cukai pendapatan individu di negara tersebut adalah antara 6.5 hingga 55.4% dan mereka juga melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan Value-added Tax (VAT) sekitar 23 hingga 25% yang belum lagi diamalkan di Malaysia.

Pendapatan perkapita setahun negara-negara tersebut juga adalah jauh lebih tinggi berbanding Malaysia di mana Finland mempunyai pendapatan perkapita setahun sebanyak USD48,420, Denmark sebanyak USD60,390, dan Norway sebanyak USD88,890, manakala pendapatan perkapita Malaysia hanya USD8,420 sahaja.

Pendapatan per kapita hasil daripada cukai yang tinggi ini telah digunakan untuk membiayai pengajian tinggi. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya tidak wujud istilah pendidikan percuma di mana-mana negara di dunia ini kerana pasti akan ada pihak yang akan membiayainya. Dalam erti kata lain, pendidikan percuma di Finland, Denmark dan Norway dibiayai oleh dana awam sepenuhnya melalui kadar cukai yang tinggi tetapi Malaysia dengan kadar cukai 0-26% masih mampu memberikan subsidi yuran sehingga 95% kepada lebih 500 ribu orang pelajar IPTA setahun.

Hujah yang menjadikan Negara Turki sebagai contoh negara yang memberi pendidikan percuma adalah tidak tepat sama sekali. Turki sebenarnya turut mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari dan pasca siswazah dan keadaannya sama seperti Malaysia. Negara Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6 - 18 tahun). Gred 1-4 adalah sekolah rendah; gred 5-8 adalah sekolah menengah; dan gred 9-12 adalah sekolah tinggi). Malaysia juga menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas (dari umur 7-18 tahun) sama seperti Turki.

Pada masa yang sama, sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution yang ditubuhkan pada tahun 1961 dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang mengikut kadar inflasi semasa. Kadar purata CPI untuk 2010 ialah 8.58% dan tahun 2011 ialah 6.46%. Kadar faedah tambahan sebanyak 2.5% daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebagai rumusan, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi-implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan tersebut tidak menjejaskan hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020. Di samping itu, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas IPTS kerana ia adalah entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.

Situasi ini, akan menyebabkan tumpuan masyarakat akan beralih kepada IPTA. Manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilang nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar. Sehubungan itu, pada masa ini, Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi percuma kerana terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat negara ini.

Maka di sinilah letaknya kepentingan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sebelum penubuhan PTPTN, Kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26,000 orang pelajar sahaja setahun. Ini bermaksud, ramai pelajar yang layak ke IPT tidak mendapat penajaan khususnya dalam kalangan mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana. Namun, pada hari ini, PTPTN telah berjaya meningkatkan akses kepada pengajian tinggi di mana pada tahun 2011 sahaja, sejumlah 227,209 orang telah berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi dengan bersumberkan pembiayaan PTPTN.

Kerajaan melihat cadangan untuk memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN adalah sebuah lagi janji yang populis tanpa mengkaji implikasinya. Tindakan pemansuhan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan:

i. menghadkan akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan pelajar miskin;
ii. menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS;
iii. menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai kos sara hidup pelajar IPTA/IPTS, di mana bagi pelajar IPTA hanya sekitar 15 - 30 % pinjaman PTPTN digunakan untuk membayar yuran, manakala 70 - 85 % digunakan bagi menanggung kos sara hidup. Manakala bagi pelajar IPTS pula, 70% digunakan untuk yuran dan 30% untuk sara hidup; dan
iv. merencatkan usaha bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi negara menjelang tahun 2020

Oleh itu, Kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN. Sehingga 31 Ogos 2012, PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2,031,259 orang pelajar yang layak dengan komitmen sehingga pelajar tamat pengajian berjumlah RM45.4 bilion. Jumlah ini amat tinggi tetapi ia adalah pelaburan besar negara untuk manfaat rakyat dan pembangunannya."
Sumber: FB DS Khaled Nordin
 

Wednesday 10 October 2012

Siswa boleh beli kereta!!! What???

Petikan Berita Harian hari ini 

"Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.

Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan.

Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013."


--)) Myvi dan Viva je..tapi kena tunjuk kad pelajar...tambahan pula dapat  perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, dan diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara... TAPI !!! bayaran akan meningkat start anda berkerja...
well its still a nice offer 

Full berita disini 
info lebih Perodua what's up graduate 

myvi....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.