Monday 30 January 2012

Kenapa saya ber-blogging

Assalamualaikum....
My name is Akhmal and I'm not a terrorist.. :)
  • kenape saya ber-blogging...hmm...bagi saya blogging adalah medium terbaik untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Pandangan atau pendapat kita pula akan disebarkan ke seantero dunia dan penyebarannya tidak terhad.Jika dibandingkan dengan akaun FB, maksimum hanya 5000 friend sahaja boleh melihat pendapat anda.


  • Malah, Blog juga dapat menyebarkan ilmu-ilmu dan maklumat dengan pantas.Pelbagai ilmu dan maklumat dapat dikongsi dan disebarkan.Jika ilmu itu baik,insyaAllah ganjaran pahala akan kita dapat. 

  • Blog adalah media baru dan blog adalah lebih senior daripada FB dan Myspace(dah lama siot x bukak)...bila berkata tentang media baru,ia adalah saluran bagi menyebarkan infomasi..tetapi waspada!!! ada maklumat-maklumat yang disajikan kepada kita hanya retorik semata-mata dan berbentuk fitnah tanpa fakta yang benar.

  • Blog pada saya dianggap sebagai diari alam maya dimana terdapat blogger-blogger yang menulis tentang catatan peribadi mereka,misalnya destinasi pelancongan,makanan,program yang mereka sertai dan lain-lain lagi

  • Terdapat  juga blog-blog yang fokus pada sesuatu bidang contohnya politik,bisnes,IT, dan lain-lain lagi. Blog juga dijadikan platform bagi perniagaan misalnya bagi mempromosikan produk dan perniagaan mereka.

  • Apa-apa pun saya masih baru dan masih dalam proses pembelajaran...besedia menerima komen-komen yang membina dan penambahbaikkan :)
Sekian... Salam 1Malaysia


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.