Thursday 30 July 2015

Rombakan Kabinet Malaysia 2015 (Infografik)

Perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan DS Najib Razak, sebagai orang Johor, saya sedih TS Muhyiddin digugurkan namun TS Muhyiddin still cool beb... #johoruntukjohor #bangsajohor 

Rombakan Kabinet Malaysia 2015

Thursday 4 June 2015

Pengalaman Gempa Bumi 5.9 Sabah 2015

Pagi 5 Jun 2015

Berada di klagan regency hotel atau dulunya Novotel
7.12 a.m terbangun oleh gegaran,
Katil bergoyang macam orang goncang dan hanger pula bergoyang menhentak almari
Lihat bawah orang ramai berkumpul dan aku skrg berada di tingkat 10
Risau aku pakai pakaianku dan hanya bersedia di dlm bilik
Pengalaman Gempa bumi pertama ku..

Allhamdullilah semua nya selamat

#gempasabah #gempabumi #Sabah

Monday 11 May 2015

Cara - Cara Kurangkan Berat Badan (Tingkatkan Metabolisma)

metabolism

Wednesday 22 April 2015

Calon Simpanan Lantikan SPA

Calon Simpanan Lantikan SPA


  • Kemaskini pada 21042015, pihak spa telah menunjukkan giliran calon simpanan dan tarikh luput sebagai calon simpanan. 
  • SPA telah membuat perubahan di mana ada tarikh luput bagi calon dan berbeza sebelum ini dimana SPA mengatakan bahawa calon simpanan tiada tarikh luput dan akan menjadi calon simpanan sehingga menjadi dilantik sebagai lantikan tetap. 
  • Langkah ini dilihat lebih telus dan tarikh luput adalah untuk memastikan calon masih relevan untuk skop pekerjaan yang dimohon agaknyaaaaaaa.....

no 6 huhu ok kot 

Saturday 20 December 2014

Calon Simpanan SPA Part 2

Calon simpanan SPA, harapan masih ada dan jangan putus asa. Mengikut pengalaman saya sebagai calon simpanan SPA untuk Pegawai Pertanian, rujuk link ini (Calon Simpanan SPA ) 
Saya telah menunggu selama 4 bulan sebelum dipanggil oleh SPA. SPA telah menawarkan pula jawatan lain iaitu Pegawai Penyelidik Q41. 

Ini membuktikan bahawa sebagai calon simpanan, anda juga mempunyai peluang untuk jawatan-jawatan lain kerana pemilihan calon simpanan ini adalah berdasarkan ranking  dan kelayakkan calon simpanan tersebut(menurut pegawai SPA yang menghubungi saya).  
Sudah separuh kaki jika anda adalah calon simpanan :) 

Nasib Si Calon Simpanan SPA 






Monday 8 December 2014

Pertukaran Nama Jalan Di Kuala Lumpur (Infografik)

Pertukaran Nama Jalan Di Kuala Lumpur  mengikut nama-nama Yang Di-Pertuan Agong yang pernah memerintah Malaysia :)

Saturday 6 December 2014

Fakta Petik Dan Kilat (Infografik)

Fakta mengenai petir, berhati-hati terutamanya sekarang musim tengkujuh, awasi juga anak-anak anda, mencegah adalah lebih baik :) 

Adakah anda tahu di mana anak-anak anda akan pergi semasa cuti sekolah ini? Apakah aktiviti-aktiviti yang akan mereka akan lakukan?  Apa sahaja aktiviti mereka, berhati-hatilah apabila membenarkan anak-anak anda bermain di luar, terutamanya semasa musim hujan ini.  Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini di Amerika Syarikat membuat ramalan bahawa kesan pemanasan global akan turut sama menyaksikan peningkatan ketara fenomena kilat.  Kajian yang dibuat oleh seorang penyelidik iklim di Universiti California, Berkeley, David Romps, menunjukkan bahawa walaupun dengan peningkatan suhu hanya beberapa darjah Celsius sahaja, impak kepada iklim adalah sangat besar. Kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor - hujan dan ketidakstabilan - boleh menyumbang kepada  77 peratus daripada kebolehubahan dalam pembentukan kilat di Amerika Syarikat.  Ia kemudiannya digunakan di dalam sebelas model perubahan iklim – iaitu sebuah simulasi berkuasa tinggi yang menggunakan superkomputer, yang cuba untuk mencatatkan kelakuan atmosfera dalam persamaan fizikal - untuk mengesan bagaimana perubahan masa depan dalam parameter ini akan meningkatkan fenomena kilat.  Hasilnya ialah peningkatan 12 peratus dalam pembentukan kilat per darjah Celsius kepada pemanasan global, dan dengan itu, peningkatan sebanyak 50 peratus kilat pada abad ke-21 sekiranya ia berterusan. Walau bagaimanapun, pakar kilat, Hartono Zainal Abidin, berkata Malaysia telah dan sedang mengalami banyak fenomena kilat kerana kita mengalami ribut petir secara kerap.  Beliau berkata kajian Romps adalah berdasarkan model simulasi dan secara umumnya ia dikatahui bahawa paras haba yang tinggi akan membawa kepada paras kelembapan yang tinggi dan ini akan membawa kepada peningkatan kekerapan ribut petir.  "Walau bagaimanapun, Malaysia belum lagi melihat kesan pemanasan global di dalam kejadian kilat.  "Para penyelidik tidak sebenarnya memerhatikan ribut petir. Tetapi mungkin ada kemungkinan ia berlaku di sini. Kita hanya perlu mengambil pendekatan tunggu dan lihat, "katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.  Hartono berkata Malaysia mengalami sebanyak 180 hingga 200 ribut petir  dalam setahun berbanding dengan negara-negara barat.  “Contohnya, Florida hanya mempunyai sebanyak 80 ke 100 hari yang mengalami ribut petir dalam setahun. London pula hanya menpunyai 10 ke 20 hari yang mengalami ribut petir dalam setahun.  "Malaysia pula adalah antara 10 negara yang mengalami ribut petir yang paling kerap. Oleh kerana kita kini berada di dalam musim akhir peralihan monsun,  dan pada permulaan monsun timur laut di mana terdapat peningkatan angin dan ribut, jadi kita perlu lebih berhati-hati," katanya.  Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.  Jabatan itu turut menyatakan bahawa semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah.   Sementara itu, Hartono berkata warganegara Malaysia tidak harus mengabaikan bahaya kilat dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya semasa musim cuti sekolah ini.   Usaha pelbagai pihak diperlukan bagi mewujudkan kesedaran tentang kilat untuk kanak-kanak sekolah dan melindungi mereka daripada serangan kilat, katanya.  "Ibu-bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan semasa ribut petir. Jangan biarkan anak-anak anda berada di luar semasa ribut petir. Terangkan kepada mereka mengapa ia adalah bahaya untuk berada di luar semasa ribut petir.   “Kesedaran itu harus datang dari peringkat sekolah, kementerian serta Jabatan Meteorologi Ma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.